
Friday, January 25, 2013
Sunday, November 11, 2012
SALAM MAAL HIJRAH - 1434H
Allah SWT berfirman yang mafhumnya :
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur , dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( Surah An-Nisa ayat 100 ).
Tahun baru Hijrah 1434 H yang diiringi oleh tahun baru Masehi 2013 M telah membuka lembaran baru bagi kita umat Islam. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapi peredaran sehingga cukup setahun . Terkadang kita berfikir mengapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja kita dilakukan , baru beberapa agenda dilaksanakan dan mengapa masa berputar begitu pantas.
Tahun baru ( Hijrah ) datang membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti akan erti sebuah kehidupan yang diredai Allah SWT. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri untuk mendapat reda Allah SWT.
Monday, November 5, 2012
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012
Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan yang cemerlang khas buat anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2012 bermula hari ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau permudahkanlah anak-anak kami dalam menghadapi peperiksaan ini. Jadikanlah mereka hamba-hambaMu yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamin
Friday, October 26, 2012
Friday, September 28, 2012
MENYAHUT PANGGILAN KAABAH - MUSIM HAJI 1433H
Pengertian Haji dan Umrah
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al Haram ( Kaabah ) dalam bulan bulan Haji ( dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah ) kerana mengerjakan Tawaf, Sa’ie, bercukur atau bergunting dan Wukuf di Arafah menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al Haram ( Kaabah ) kerana mengerjakan Tawaf, Sa’ie, bercukur atau bergunting dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajibnya.
Thursday, July 19, 2012
KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK
Beberapa hari lagi menjelang, tibalah bulan Ramadhan. Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan? Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga. Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan. Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya sering lalai dan lupa. Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa. Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini. Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan. Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu di mana kemeriahan Ramadhan? Di mana keindahan nya? Adakah ia terletak pada makanan. Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja? Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya, bukan? Sebab dikatakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.
- Artikel iluvislam.com
Sunday, June 17, 2012
PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa
Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh
Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.
Dalam
perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan
pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai
hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di
alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba
Peristiwa
Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang
semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan
Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan
dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.
Pengajaran
Tentang Solat
Antara
pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj
ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj,
terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah
dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.
Apabila
Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat,
maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari
sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi
memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan
Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di
atas permukaan bumi ini.
Kemuliaan
yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi
dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan
solat.
Tidaklah
solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna,
tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia
makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup,
hiruk-pikuk dan kejahatannya.
Solat
merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka
dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya,
maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
Allah
SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia
menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan
tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
Ia
merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW: “Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat
adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya.
Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain”.
(Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma’
al Zawaid (1/291)).
Tidak
menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan.
Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan
khusyuk dan khudhu’ kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah
kepada-Nya.
Sesiapa
yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya,
bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya,
berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan
amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa
kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia
sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka
yang tetap mengerjakan solatnya.
Seorang
hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah
dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara
solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan
dikasihi oleh Tuhannya.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang
dilakukan di hadapannya”. (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).
Sabda
Baginda SAW lagi: “Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib,
maka dia masuk syurga”. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).
Sesiapa
yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada
memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas
kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.
Setiap
kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga
akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan
terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
Wahai
kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta
tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang
kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.
Bermujahadahlah
sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala
kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah
sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk
mendahulukan pekerjaan.
Berhati-hatilah
kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian
tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.
Jadilah
kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang
maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta
mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan
hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka
mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik
balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah
kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)
Daripada
Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat
dengan sabdanya: “Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk
dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada
baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama
Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf”. (riwayat al Tabrani dan Ibnu
Hibban)
Daripada
Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apakah
pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari
kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali.
Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?” Sahabat menjawab,
“Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal”. Sabda Baginda SAW, “Begitu jugalah
perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan
kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)
Banyak
lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya
beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan
kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.
Semoga
kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita
dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan
Mikraj.
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Posted on Jun 22, 2011 by albakriah
Subscribe to:
Posts (Atom)