Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Assalamualaikum.

Selamat bercuti kepada anak-anak SRII AlAmin untuk cuti semester 1 2009. Semoga anak-anak dapat menggunakan masa cuti dengan sebaik-baiknya. Diharap kurangkan menonton TV atau bermain game komputer, sebaliknya peruntukkanlah masa dengan membaca buku-buku dan membuat latihan. Seperti mana pesanan guru-guru sebelum bercuti, kamu hanya bercuti untuk tidak hadir sekolah, bukannya bercuti dari belajar. Maksudnya cuti ini harus dipergunakan untuk memperbaiki mana-mana yang kurang semasa belajar di kelas dalam keadaan yang lebih selesa di rumah.

Disamping itu mungkin ada yang mengambil peluang menziarahi nenek dan datuk, menghadiri khenduri atau melawat tempat-tempat tertentu bersama keluarga dan sebagainya, ambillah peluang itu belajar bagaimana cara menghormati orang tua, mendengar pengalaman mereka atau mencari sesuatu yang baik untuk dijadikan panduan.

Sekiranya anak-anak tidak ke mana-mana pun, itu masih tidak rugi lagi kerana ada masa untuk belajar mengemas rumah atau membasuh baju.

Akhir sekali semoga cuti ini sangat bermakna bagi semua.