Tuesday, December 29, 2009

Back To School!

Salam.

Semoga segala persiapan persekolahan anak-anak telah sempurna disiapkan. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita persiapkan kepada yang belum. InsyaAllah pada 1.1.10 ini dengarnya akan diadakan sesi suaikenal bagi para pelajar tahun 1 bermula dari jam 8.00 - 11.00 pagi. Diharapkan para ibubapa yang berkenaan dapat turut serta di dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ia sangat penting bagi anak-anak kita untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Bagi ibubapa pula pada kebiasaannya akan turut disertakan sedikit pengisian yang saya kira sangat berguna kerana saya juga turut melaluinya pada tahun lalu.

Kepada ibupaba yang ingin menjelaskan yuran PSG bagi sessi persekolahan tahun baru ini, sukacita kami warga PSG menyeru agar segera menjelaskannya agar dapat kita sama-sama membantu di dalam menjayakan program-program sekolah.

Monday, November 16, 2009

Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya!

Ucapan Tahniah!
Itu saja yang mampu kami warga PSG ucapkan kepada semua anak-anak Al-Amin yang telah lulus di dalam peperiksaan PSRA yang baru diumumkan minggu lepas. Kini kita menunggu dengan penuh debaran apakah pula bentuk corak keputusan yang bakal anak-anak kita perolehi untuk UPSR yang katanya bakal diketahui pada hari Khamis ini. InsyaAllah semua akan lulus dengan cemerlang.
Selepas ini para ibu bapa pula yang sibuk mengisi borang-borang untuk ke asrama penuh dan sebagainya. Semoga berjaya!

Thursday, October 8, 2009

Permohonan Kemasukan SBP Sesi 2010

Logo rasmi Sekolah Berasrama Penuh (SBP)


Salam Tuan/Puan,


Untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak di Tahun 6 yang baru selesai menduduki UPSR bulan lepas, sila layari laman web berikut untuk mengetahui panduan am kemasukan ke SBP aliran Sains dan Agama. Tarikh tutup permohonan adalah pada minggu hadapan 15hb Oktober, 2009.




Sekiranya anda yakin akan kebolehan anak anda pada UPSR/A tempoh hari, harap dapat layari pautan berikut:




PANDUAN AM KEMASUKAN SBP SESSI 2010:






SENARAI SBP ALIRAN SAINS DAN AGAMA:






Sekian, harap maklum.


Nota:
Harap mereka-mereka yang terbabit dengan trip anak-anak ke Perlis esok dapat berkongsi informasi di blog PSG. Jangan lupa gambarnya sekali ya.

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menduduki UPSR

Ucapan "Selamat menduduki UPSR, semoga berjaya hendaknya". Ucapan ini ringkas bunyinya tapi begitu bermakna buat kalian semua. Selain ibubapa, warga PSG juga mendoakan kalian berjaya di dunia & di akhirat. Semoga sentiasa tidak lupa akan jasa kedua ibubapa.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


PSG SRII Al-Amin ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" serta selamat bercuti semester kepada semua ibubapa serta warga Al-Amin. Semoga Ramadhan pada tahun ini akan dilalui dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.


Kepada anak-anak pula selamat mengulangkaji pelajaran untuk ujian peperiksaan yang bakal dilalui setelah kembali ke sekolah kelak.

Tuesday, July 14, 2009

Apa Punca Anak Derhaka


APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Assalamualaikum.

Selamat bercuti kepada anak-anak SRII AlAmin untuk cuti semester 1 2009. Semoga anak-anak dapat menggunakan masa cuti dengan sebaik-baiknya. Diharap kurangkan menonton TV atau bermain game komputer, sebaliknya peruntukkanlah masa dengan membaca buku-buku dan membuat latihan. Seperti mana pesanan guru-guru sebelum bercuti, kamu hanya bercuti untuk tidak hadir sekolah, bukannya bercuti dari belajar. Maksudnya cuti ini harus dipergunakan untuk memperbaiki mana-mana yang kurang semasa belajar di kelas dalam keadaan yang lebih selesa di rumah.

Disamping itu mungkin ada yang mengambil peluang menziarahi nenek dan datuk, menghadiri khenduri atau melawat tempat-tempat tertentu bersama keluarga dan sebagainya, ambillah peluang itu belajar bagaimana cara menghormati orang tua, mendengar pengalaman mereka atau mencari sesuatu yang baik untuk dijadikan panduan.

Sekiranya anak-anak tidak ke mana-mana pun, itu masih tidak rugi lagi kerana ada masa untuk belajar mengemas rumah atau membasuh baju.

Akhir sekali semoga cuti ini sangat bermakna bagi semua.

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan

Ucapan "Selamat Menduduki Peperiksaan" kepada semua para pelajar SRII Al Amin, Bkt Beruntung. Hari ini telah dimulakan dengan matapelajaran Diniah. Semoga anda semua beroleh kejayaan. Ingat pesanan ini, DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakkal).

SEMOGA BERJAYA!

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

"Selamat Hari Guru" diucapkan kepada semua tenaga pengajar di SRII Al-Amin. Ucapan jutaan terima kasih saja yang mampu kami para ibubapa mampu ungkapkan. Sambutan di peringkat sekolah hanya akan diadakan esok iaitu pada 18 May 2009. Harapan kami semoga para guru tidak akan jemu untuk memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak kami. Semoga Allah sahajalah yang akan membalas segala sumbangan kalian.
Sekali lagi TERIMA KASIH!

Monday, May 11, 2009

Exam May 25-29, 2009

Exam semakin hampir. Bagaimana dengan persediaan anak-anak kita?

Jumaat minggu lepas semasa berjumpa Pn Norliza, Guru Besar Al Amin untuk membincangkan hal jamuan sambutan Hari Guru pada May 18, 2009 (Monday), beliau ada menyampaikan pesanan agar kita para ibubapa berikan sedikit tumpuan pada pelajaran anak-anak. Lebih-lebih lagi di waktu semakin hampir dengan peperiksaan. Tugas & tanggungjawab haruslah dipikul bersama pihak guru-guru dan juga ibubapa. Sempat juga dia melahirkan rasa kecewa kerana ada di kalangan ibu bapa yang mengharapkan 100% tanggungjawab ini dipikul pihak sekolah.

Akhir kata semoga anak-anak kita beroleh kejayaan di dunia & di akhirat berkat usaha mereka, tunjuk-ajar guru-guru serta doa daripada kedua ibubapa.
InsyaAllah.

Friday, May 8, 2009

Pengumuman (Dari Buletin PSG April 2009)

  • Biro Perpustakaan mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk buku bagi tujuan pengayaan dan menambah koleksi kepada Perpustakaan SRII Al-Amin Bukit Beruntung. Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada PSG atau pihak sekolah.
  • Yuran PSG boleh dibayar samada di Pejabat Sekolah atau terus kepada Bendahari PSG (014-3318720)
  • PSG amat mengalu-alukan sekiranya ada sebarang cadangan atau penulisan untuk dimuatkan di dalam penerbitan Buletin PSG akan datang.

Buletin PSG Bil 1 (April 2009)

Thursday, May 7, 2009

Penubuhan PSG—SRII Al-amin, Bukit Beruntung.


PSG atau Parent Support Group telah ditubuhkan pada 17 Januari 2009.
Mesyuarat PIBG pada hari tersebut telah sebulat suara untuk mengantikan PIBG yang ditubuhkan pada tahun 2006 kepada PSG.
Ia bertujuan dan dengan harapan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pergandingan bahu di antara ibubapa bagi membantu SRII Al Amin.
PSG dibentuk sebagai satu wardah perjuangan ikhlas ibubapa dalam membantu SRII Al Amin membentuk satu pencapaian akedemik dan sahsiah anak yang sempurna dan cermerlang dunia dan akhirat.

SRII Al Amin : 3 month-Event

May 25 to 29 = 1st Sem Exam
June 1 to 14 = Cuti Semester (tiusyen Dj 5 & Dj 6 wajib seperti biasa - no holiday)
June 29 to July 3 = bengkel UPSR
July 13 to 17 = ujian gilapan
July 20 to 24 = bengkel PSRA