Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah - 1432H


sila klik "play" di bawah utk menghayati lagu sempena sambutan maal hijrah :

Thursday, November 18, 2010

Hari Anugerah Cemerlang







Sekitar majlis Hari Anugerah Cemerlang SRI Integrasi Al Amin pada 13 Nov 2010 bertempat di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali yang dirasmikan oleh Tn Hj Sameon B Sidik, Jabatan Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Thursday, November 11, 2010

UPSR - Tahniah!

Salaam.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar SRI Al Amin di atas kejayaan masing-masing. Semoga kejayaan kalian akan menjadi pendorong kepada adik-adik yang lain.

Ucapan syabas juga ingin PSG rakamkan kepada para Mualim & Mualimah serta Mudhirah di atas segala usaha di dalam mendidik warga SRI Al Amin.

Marilah sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadratNya.

Monday, September 13, 2010

Peperiksaan UPSR Tahun 2010

Setiap yang bermula sudah tentu ada penghujungnya, begitulah sepertimana lazimnya sesi sekolah rendah di Malaysia. Peperiksaan UPSR adalah petunjuk kepada bakal pelajar tahun 6 SRI AlAmin akan menamatkan persekolahan pada hujung tahun ini. Cabaran permulaan sebelum melangkah ke sekolah menengah ialah peperiksaan UPSR yang akan dihadapi pada 21 hingga 23 Oktober 2010 ini.

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka semua dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan dapat menjawab dengan cemerlang.

Selain itu doakanlah juga mereka selamat pergi dan balik sepanjang perjalanan ke pusat peperiksaan.


Itu sahaja, terima kasih.

Tuesday, August 24, 2010

KENAPA YAHUDI BIJAK ??

SATU MUHASABAH : KENAPA YAHUDI BIJAK ?
by Danish Irfan on Saturday, August 14, 2010 at 2:42pm
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut pengajian tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat merangsangkan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan
3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Dialih bahasa oleh : Adibah Mohd Noor Matriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Monday, August 9, 2010

Kelab Renang SRII Al Amin

Gambar-gambar sekitar hari pertama kelas renang yang telah diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung. Seramai 13 orang pelajar lelaki & perempuan telah menyertainya. Kelas ini adalah di bawah bimbingan 2 orang tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Kuala Kubu Baru.

Sessi taklimat sebelum kelas
Sessi senaman ringan
Sessi penerangan di dalam air
Menguji kedalaman air



Wednesday, August 4, 2010

Hari Keusahawanan SRII Al Amin

Hari Keusahawanan 2010 SRII Al Amin telah diadakan pada sabtu 24 Julai 2010 dan telah dirasmikan oleh YB En Mohd Isa B Abu Kasim, ADUN Batang Kali. Beberapa acara lain juga turut diadakan seperti temasya sukan Al Amin Training Centre, gerai-gerai jualan, pemeriksaan kesihatan, mencanting batik dan lain-lain. Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.









Thursday, June 24, 2010


A POND FULL OF MILK

Once there was a king who told some of his workers to dig a pond. Once the pond was dug, the king made an announcement to his people saying that one person from each household has to bring a glass of milk during the night and pour it into the pond. So, the pond should be full of milk by the morning. After receiving the order, everyone went home. One man prepared to take the milk during the night. He thought that since everyone will bring milk, he could just hide a glass of water and pour inside the pond. Because it will be dark at night, no one will notice. So he quickly went and poured the water in the pond and came back. In the morning, the king came to visit the pond and to his surprise the pond was only filled with water! What has happened is that everyone was thinking like the other man that “I don’t have to put the milk, someone else will do it.”
Dear friends, when it comes to help the Religion of Allah, do not think that others will take care of it. Rather, it starts from you, if you don’t do it, no one else will do it. So, change yourself to the way of Allah to serve Him and that will make the difference. 13:11 “Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)”

Pengajaran : Hanya kemahuan diri sendiri berupaya melakukan perubahan dalam hidup kita.

Saturday, June 5, 2010

Selamat Bercuti!

Selamat Bercuti!
Diharapkan semua anak-anak Al Amin dapat menggunakan cuti persekolahan ini sebaik mungkin. Kepada yang mengikuti program-program yang telah disusun oleh pihak sekolah atau ibubapa sendiri, ikutilah ia dengan hati yang ceria.

Sunday, May 30, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Salam kepada semua anak-anak Al Amin, Bukit Beruntung.

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun esok. Diharapkan semuanya dapat menjawab dengan tenang. Ingat pesanan ibu & ayah serta mualim & mualimah. InsyaAllah semua akan berjaya dengan cemerlang demi mengharumkan lagi nama baik sekolah.

Tuesday, May 25, 2010

Gotong Royong


Gotong Royong membesarkan padang sekolah telah dilaksanakan pada 22 mei 2010. Program dimulai dengan solat hajat pada pukul 9 pagi dan diikuti dengan gotong royong. Walaupun kehadiran kurang memuaskan dan ketika dalam keadaan cuaca yang juga kurang baik tetapi program gotomg royong tetap dijalankan. Program berakhir sekitar 11.30 pagi. Terimakasih kepada semua yang terlibat.

Friday, May 14, 2010

Sekitar Lawatan Ke Pusat Sumber SRK Serendah

Ruang Bacaan sengaja dibiarkan tanpa kerusi agar
dapat memuatkan lebih ramai murid
Ruangan membaca bagi guru-guru

Antara koleksi buku-buku baru yang dipamirkan
sebelum dibenarkan untuk pinjaman

Ruangan Pameran - pameran terkini "Puppet"

Buku-buku di dalam bakul berkenaan akan dibawa oleh
Pengawas Pusat Sumber untuk bacaan bagi para pelajar
semasa waktu rehat

Rak-rak buku yang hanya boleh diakses oleh Guru-guru,
Pengawas Pusat Sumber serta para pelajar yang membuat
permohonan kepada Guru Pusat Sumber


Guru Pusat Sumber memberikan penerangan tentang Pusat Sumber ini

Buah tangan daripada PSG kepada Tuan Pengetua
(D' Azalea Gift)

Cenderahati daripada PSG untuk Pusat Sumber


Pada 14 Mei 2010, seramai 6 orang wakil PSG & pentadbir SRII Al Amin telah mengunjungi SRK Serendah pada jam 8.30 pg bagi melawat Pusat Sumber sekolah berkenaan. Ini merupakan antara siri lawatan yang telah dirancang oleh PSG bagi mendapatkan gambaran bagi mewujudkan sebuah Pusat Sumber di SRII Al Amin. Banyak maklumat telah kami perolehi selain dapat membina rangkaian kenalan bagi bertukar-tukar pendapat serta pandangan. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ingin diucapkan kepada Tuan Pengetua serta Guru Perpustakaan SRK Serendah di atas layan yang telah diberikan.

Sunday, May 2, 2010

Selamat Pengantin Baru Mualim Fadli!

Seri Pasangan Pengantin Baru


Hadiah ikhlas daripada PSG


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada PSG

Sempena cuti "Hari Buruh" yang lepas majlis menerima menantu telah diadakan di Kalumpang, Selangor. Saya serta keluarga telah turut serta memeriahkan majlis tersebut di samping menjadi wakil PSG untuk menyampaikan hadiah yang tidak seberapa kepada pasangan pengantin. Selain kami, turut kelihatan ramai para ibubapa lain serta tenaga pengajar turut hadir. Semua hadirin begitu berselera sekali menjamu selera masakan kampung yang telah dihidangkan. Semoga berbahagia & berkekalan hendaknya hingga he hujung hayat, insyaAllah!

Thursday, April 22, 2010

KECEMERLANGAN PELAJAR SRII AL AMIN BB DIIKTIRAF.


Meskipun sekadar menumpang untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun lalu di sekolah lain, dua pelajar UPSR 2009 dari SRII Al Amin Bukit Beruntung mampu membuktikan sumbangan kecemerlangan 5A UPSR kepada statistik SK TAR KKB.

Kecemerlangan ini turut mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak Al-Haj apabila beliau sudi menyampaikan Sijil Penghargaan Tahniah kepada semua pelajar terpilih di sekitar daerah Hulu Selangor dalam majlis Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang diadakan di Sungai Tengi pada 03 April 2010 yang lalu.

Pelajar Afiqe Anuar bin Md Nor Hakim, 13 tahun, kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Sg Selisek Hulu Selangor mendahului kesemua 696 penerima anugerah cemerlang UPSR/PMR/SPM untuk menerima sumbangan dan ucapan tahniah secara peribadi dari YAB Perdana Menteri.

Afiqe yang turut ditemani oleh guru SK TAR, Cikgu Azizah melahirkan rasa sangat bertuah kerana menerima anugerah tersebut dari YAB PM sendiri. Pengiktirafan ini turut memberikannya semangat untuk terus belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi untuk agama dan negara. Beliau turut melahirkan rasa terkilan kerana rakan beliau pelajar Muhammad Irfan Hafiy tidak dapat turut bersama untuk menerima anugerah tersebut. Kedua-dua pelajar tersebut menyumbangkan statistik kecemerlangan 5A kepada SK TAR dalam UPSR 2009 yang lalu. Muhammad Irfan Hafiy difahamkan sedang bersekolah di daerah Rembau Negeri Sembilan.

Kegembiraan Afiqe tidak hanya berakhir di situ. Kejayaan beliau turut mendapat liputan tajuk utama dalam siaran Berita 1.30 TV3 dan Berita Jam 8 TV1 pada tarikh yang sama.

Thursday, March 25, 2010

Membuka Pintu Rezeki

Sekadar Renungan...

"Setiap pagi sedekahkan Al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira
masih hidup @ telah tiada)".......... Nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada
kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka
berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa penuh dengan kesungguhan & mengharap sangat)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Monday, March 22, 2010

Mesyuarat Pertama 2010 AJK PSG SRII Al Amin

Makluman mengenai Mesyuarat Pertama AJK PSG SRII Al Amin:

Tarikh : 27/03/2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SRII Al Amin

Semua AJK diminta hadir. Terimakasih.

Thursday, March 4, 2010

Tesmasya Sukan SRII Al Amin Ke-5

Akan diadakan pada 6 Mac 2010, jam 8.00 bertempat di padang sekolah SRII Al Amin. Diharapkan semua ibubapa serta keluarga dapat sama-sama hadir untuk memeriahkan lagi temasya ini di samping dapat memberi sokongan moral kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

Saturday, January 30, 2010

Terima Kasih Semua!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan serta ruang ini bagi pihak semua AJK untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitment yang telah ditunjukkan oleh para ibubapa yang hadir pada pagi ini ke Mesyuarat PSG Ke-1.
Selain itu ucapan tahniah kepada yang telah "terpilih" untuk bersama-sama kami AJK 2009 yang masih terus sedia berkhidmat. Diharapkan dapatlah bersama-sama berganding bahu membantu menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi kecemerlangan SRII Al Amin, Bukit Beruntung.
Semoga sumbangan kita diberkatiNya, insyaAllah.

Wednesday, January 27, 2010

Mesyuarat Tahunan PSG - 2010

Salam Semua.

Jangan lupa temujanji kita untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan PSG ke-1. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Jan 2010
Masa : 8.30 - 11.00 pagi (sarapan disediakan)
Tempat : Dewan SRII Al Amin

Semua dijemput hadir demi kemerlangan anak-anak kita.

p/s: Yuran Tahunan PSG sebanyak RM120 boleh dijelaskan pada hari tersebut. Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

Yuran Tahunan PSG

Salam Kepada Semua Ibubapa.

Ingin saya mengambil kesempatan serta ruang ini untuk memperingati semua ibubapa untuk melangsaikan yuran tahunan PSG sebanyak RM120 di pejabat sekolah atau berhubung terus dengan bendahari PSG yg baru iaitu Tn Hj Hakim (019-3206711).

Di dalam perbincagan AJK PSG yangg berlangsung pada 1/1/10 tempoh hari, kami telah bersepakat agar para ibubapa dapat membayar yuran tahunan selewat-lewatnya pada 30/4/10 dengan sekali bayar bagi keseluruhan jumlah bayaran berbanding kaedah ansuran sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas (2009). Keputusan ini dibuat berdasarkan pengalaman lalu di mana banyak aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah kawangan.

Kerjasama daripada semua amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.