
Saturday, November 2, 2013
Saturday, October 5, 2013
KELEBIHAN PUASA HARI ARAFAH
Puasa Hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah)
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan
Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.
Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun
yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang
telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun
yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah
disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara
yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang
diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu
tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah
SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu
Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam
Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari
‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan
an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di
samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati
yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9
Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu
dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi
orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan
hari ‘Arafah.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang
dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh
hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin
Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di
awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari
Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam
Ahmad dan an-Nasa’ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan
hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan
hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari,
iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad,
an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk
mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik).
Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat
Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]
Allahu a’lam bisshawab..
Wednesday, August 28, 2013
HAKIKAT KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56
Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan
Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa
yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak
berhenti-henti berjuang hanyalah untuk sesuatu yang dinamakan kemerdekaan.
Tetapi hingga kini, masih ramai di kalangan bangsa yang masih belum kenal erti
kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam
penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk
beragama dan tunduk kepada Allah Ta'ala dengan penuh ketenangan.
Berjihad dan berkorban dengan jiwa dan raga untuk
memerdekakan negara dari belenggu penjajahan adalah di antara sifat-sifat yang
mulia dan disanjung tinggi oleh Islam. Oleh itu, dalam mengenang kembali
sejarah kemerdekaan negara kita , generasi yang hidup di zaman ini janganlah
melupakan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini
kepada kita. Disebabkan cetusan semangat para pejuang inilah maka kita dapat
hidup di zaman ini dan merasai nikmat perjuangan mereka. Justeru itu, sebagai
umat yang berhemah tinggi dan berakhlak, kita merasa terpanggil untuk
menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih
hidup atau yang telah gugur di medan perjuangan.
Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan
sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran
mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala,
membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman
musuh.
Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan
semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat
semasa perkembangan awal Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
telah membawa kemakmuran kepada Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah
daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa'
ar-Rasyidin yang banyak memerdekakan
negara dari cengkaman kekufuran.
Islam juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain
bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu,
Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan,
sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang
diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.
Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam
syairnya yang bermaksud:
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa
kerana runtuhnya akhlak"
Justeru itu, umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk
membebaskan diri daripada sifat-sifat
yang boleh meruntuhkan wibawa kemanusiaan kerana sifat-sifat yang demikian itu
amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan manusia terpenjara di bawah
arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh dari itu, kita hendaklah
sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar mendapat keredhaanNya dan
terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia
dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar kemerdekaan yang diajarkan oleh agama
kita.
Wallahu a'lam.
http://www.al-azim.com/masjid/hakikatmerdeka.html
Wednesday, August 14, 2013
TIPS KEBAHAGIAAN ANAK - Oleh : Prof Dr Muhaya
Jom amalkan 10 tips dibawah ini bermula dari hari ini juga.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al
Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang
ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..",
mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita
ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi
kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat
Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak
(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.
Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu
buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan
rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak
dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni
sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan
kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,
sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil
bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu
adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan
sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta
maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak
Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar
tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah
tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah
hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita
nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya
juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ".
Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad
S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
Monday, August 12, 2013
Friday, July 19, 2013
AMALAN HARIAN SEPANJANG RAMADHAN
Amalan Harian Sepanjang Ramadhan
- Mendirikan Qiamullail
- Melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka
- Solat berjemaah di masjid
- Memperbanyak bacaan Al-Quran
- Menghulurkan sedekah dan memberi makan kepada orang berpuasa
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan
Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka” (Hadis
Riwayat Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)