Monday, May 9, 2011

HARI IBU ADALAH “HARAM”…YA ALLAH BARU TAHU…SEBARKAN

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayak...an pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
By: Rubiatul Adawiyah Nazri


Ulasan :- Setiap hari adalah merupakan Hari Ibu dan juga hari bagi mereka-mereka yang tersayang. Oleh itu raikanlah bersama mereka selagi nyawa di kandung badan dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka ketika mana mereka sudah berada di alam yang kekal abadi.

16 comments:

  1. setiap hari adalah merupakan Hari Ibu dan juga hari bagi mereka-mereka yang tersayang. Oleh itu raikanlah bersama mereka selagi nyawa di kandung badan dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka ketika mana mereka sudah berada di alam yang kekal abadi.

    ~ saya setuju dengan ulasan JAYEMES seperti di atas...namun,haramkah hari ibu jika difikirkan secara logik?apakah kepercayaan anda kepada tuhan berdasar kan tahyul?tidak perlu di haramkan segala hari ibu atau hari2 cuti umum...kita hidup di malaysia sebagai rakyat yg berbilang kaum dan agama..jikalau anda baru sahaja menyedari semua ini,saya pasti sudah ada yg lebih lama mengetahui perkara ini namun tidaklah serti anda yg kurang bijak kerana Post perkara seperti ini,ini akan mendatangkan pandangan yg buruk terhadap agama ISLAM..hormatilah segala yg ada,saya pasti ALLAH juga tidak akan mengharam kan perkara seperti ini..dan ingatlah bukan anda yg boleh mengahram kan sesuatu perkara mahupun benda..hanya yg di atas shaja yg mampu...gunalah pemikiran yg bernas kerna kurnian TUHAN itu adalah amat berguna sekali terutama kepada orang seperti anda juga ya mempunyai pemikiran yang sama seprti anda di luar sana..sangat2 mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. hanya anak2 haram sahaja yg mengatakan hari ibu itu haram...

    ReplyDelete
  3. mengapa sesanggup& semudah itu menilai @ melabel sesuatu itu haram..... menghargai ibu itu adalah sesuatu yang mulia dan berbahagialah mereka yang tahu nilai seorang ibu tanpa perlu mempersoalkan asal usul tema tersebut.... yang penting kita ikhlas....

    ReplyDelete
  4. setiap hari adalah merupakan Hari Ibu dan juga hari bagi mereka-mereka yang tersayang. Oleh itu raikanlah bersama mereka selagi nyawa di kandung badan dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka ketika mana mereka sudah berada di alam yang kekal abadi.

    ~ saya setuju dengan ulasan korang2 semua seperti di atas...namun,haramkah hari ibu jika difikirkan secara logik?apakah kepercayaan anda kepada tuhan berdasar kan tahyul?tidak perlu di haramkan segala hari ibu atau hari2 cuti umum...kita hidup di malaysia sebagai rakyat yg berbilang kaum dan agama..jikalau anda baru sahaja menyedari semua ini,saya pasti sudah ada yg lebih lama mengetahui perkara ini namun tidaklah serti anda yg kurang bijak kerana Post perkara seperti ini,ini akan mendatangkan pandangan yg buruk terhadap agama ISLAM..hormatilah segala yg ada,saya pasti ALLAH juga tidak akan mengharam kan perkara seperti ini..dan ingatlah bukan anda yg boleh mengahram kan sesuatu perkara mahupun benda..hanya yg di atas shaja yg mampu...gunalah pemikiran yg bernas kerna kurnian TUHAN itu adalah amat berguna sekali terutama kepada orang seperti anda juga ya mempunyai pemikiran yang sama seprti anda di luar sana..sangat2 mengecewakan.

    ReplyDelete
  5. ''hari guru" will coming soon..harap2 halal la...he!he!..

    ReplyDelete
  6. Leap of logic............!makin lama, makin bodow, orang langkah ke depan, you 'moonwalk' ke belakang.........!fakta yg di buat sendiri. saya rasa tidak pernah di catat dlm mana-mana kitab.

    ReplyDelete
  7. "THIS IS THE LANGUAGE OF EVERY MOTHER NO MATTER WHAT RACE AND RELIGION THEY ARE......WHY MUST WE MAKE THINGS SO DIFFICULT FOR US...I JUST DON'T UNDERSTAND WHAT KIND OF HUMAN ARE YOU, YOU THINK YOU ARE SPECIALS? THAN YOU MAKE ANOTHER EARTH JUST FOR YOUR SELF".

    ReplyDelete
  8. ini baru lah... Hari ibu adalah mengikut presepsi sendiri... kalu yg disembah itu setan baru lah haram, ini ibu, takan haram? Ibu memang boleh sepangkat dengan tuhan mengikut presepsi sendiri. takan mau anggap ibu kita sendiri setan? .... kecuali kita adalah anak haram yg ditinggalkan ditepi tong sampah,lain cerita la.... POKIAYAMMMM!!!!

    ReplyDelete
  9. Rubiatul Adawiyah Nazri.. adaka kamu ni mash bfikiran waras??? adakah kmu mpunyai ibu?? adaka kmu mhargai ibu?? siapaka kmu tanpa ibumu?? klu kmu mgatakan sambutan hari ibu adalah haram itu sudh bmakna yg kmu ni jg tidak mahu menerima kwujudan ibu mu dlm dri mu sndr..

    ReplyDelete
  10. haramkan juga cuti hari ahad sbb masa orang2 non muslim melakukan kewajiban mereka.. lagi bercanggah dgn fahaman kalian..

    ReplyDelete
  11. Bad research... hanya orng bodoh yg percaya kpd artikel ni....

    ReplyDelete
  12. ''maka haram lah kamu dan diri kamu setelah menyusu susu ibu mu" maka durhakalah kamu terhadap kaum hawa atas fakta dan ilham syaitan dalam diri kamu" maka masuklah kamu kedalam neraka yang di khaskan kepada mereka yang menderhaka keatas ibu-ibu mereka" ya allah tunjukan kan kebenaraan keatas dia yang berkata-kata seperti ini, alfatiha.. allah hu akhbar..

    ReplyDelete
  13. ini baru buduh...suka suka buat crita pasal agama urang...patutlah kamu tidak kenal mama nabi kamu....

    ReplyDelete
  14. mungkin ibu manusia yg membuat cerita dongeng adalah bekas pelacur,itu pasal ibunya haram...

    ReplyDelete
  15. anda berjaya menempatkan diri ke neraka..gila,gila..mmg gila..

    ReplyDelete
  16. hanya orang yang tidak selesai membaca artikel di atas sahaja menyatakan komen seperti di atas.

    hari ibu yang haram yg dimaksudkan penulis ialah hari ibu yang hanya disambut pada hari ahad kedua bulan Mei.

    wajarkah hari ibu hanya disambut pada hari tersebut sedangkan hari-hari kita sepatutnya menghargai ibu kita?.

    adalah tidak wajar menyambut hari ibu pada hari ahad kedua bulan Mei yg dilakukan secara berlebih-lebihan. takut-takut kita turut bersama-sama Anna Jarvis meraikan ulangtahun KEMATIAN ibunya!

    wallahualam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog PSG SRII Al-Amin.