Monday, September 13, 2010

Peperiksaan UPSR Tahun 2010

Setiap yang bermula sudah tentu ada penghujungnya, begitulah sepertimana lazimnya sesi sekolah rendah di Malaysia. Peperiksaan UPSR adalah petunjuk kepada bakal pelajar tahun 6 SRI AlAmin akan menamatkan persekolahan pada hujung tahun ini. Cabaran permulaan sebelum melangkah ke sekolah menengah ialah peperiksaan UPSR yang akan dihadapi pada 21 hingga 23 Oktober 2010 ini.

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka semua dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan dapat menjawab dengan cemerlang.

Selain itu doakanlah juga mereka selamat pergi dan balik sepanjang perjalanan ke pusat peperiksaan.


Itu sahaja, terima kasih.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, proses peperiksaan berjalan lancar. Semua calon sihat dan ceria. Sekarang ini masih ada ruang lagi untuk mendoakan mereka semua agar beroleh kejayaan yang cemerlang dan dapat ditempatkan di sekolah menengah yang terbaik untuk mereka mentarbiah diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Puan Umi. Alhamdulillah majoriti murid Al Amin telah pun menyambung pelajaran ke Sek Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu dan sebilangan kecil ke sekolah menengah tahfiz dan agama swasta, MRSM dan SBI Tasik Puteri.

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog PSG SRII Al-Amin.