Wednesday, January 6, 2010

Yuran Tahunan PSG

Salam Kepada Semua Ibubapa.

Ingin saya mengambil kesempatan serta ruang ini untuk memperingati semua ibubapa untuk melangsaikan yuran tahunan PSG sebanyak RM120 di pejabat sekolah atau berhubung terus dengan bendahari PSG yg baru iaitu Tn Hj Hakim (019-3206711).

Di dalam perbincagan AJK PSG yangg berlangsung pada 1/1/10 tempoh hari, kami telah bersepakat agar para ibubapa dapat membayar yuran tahunan selewat-lewatnya pada 30/4/10 dengan sekali bayar bagi keseluruhan jumlah bayaran berbanding kaedah ansuran sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas (2009). Keputusan ini dibuat berdasarkan pengalaman lalu di mana banyak aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah kawangan.

Kerjasama daripada semua amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 29, 2009

Back To School!

Salam.

Semoga segala persiapan persekolahan anak-anak telah sempurna disiapkan. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita persiapkan kepada yang belum. InsyaAllah pada 1.1.10 ini dengarnya akan diadakan sesi suaikenal bagi para pelajar tahun 1 bermula dari jam 8.00 - 11.00 pagi. Diharapkan para ibubapa yang berkenaan dapat turut serta di dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ia sangat penting bagi anak-anak kita untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Bagi ibubapa pula pada kebiasaannya akan turut disertakan sedikit pengisian yang saya kira sangat berguna kerana saya juga turut melaluinya pada tahun lalu.

Kepada ibupaba yang ingin menjelaskan yuran PSG bagi sessi persekolahan tahun baru ini, sukacita kami warga PSG menyeru agar segera menjelaskannya agar dapat kita sama-sama membantu di dalam menjayakan program-program sekolah.

Monday, November 16, 2009

Tahniah Kepada Semua Yang Berjaya!

Ucapan Tahniah!
Itu saja yang mampu kami warga PSG ucapkan kepada semua anak-anak Al-Amin yang telah lulus di dalam peperiksaan PSRA yang baru diumumkan minggu lepas. Kini kita menunggu dengan penuh debaran apakah pula bentuk corak keputusan yang bakal anak-anak kita perolehi untuk UPSR yang katanya bakal diketahui pada hari Khamis ini. InsyaAllah semua akan lulus dengan cemerlang.
Selepas ini para ibu bapa pula yang sibuk mengisi borang-borang untuk ke asrama penuh dan sebagainya. Semoga berjaya!

Thursday, October 8, 2009

Permohonan Kemasukan SBP Sesi 2010

Logo rasmi Sekolah Berasrama Penuh (SBP)


Salam Tuan/Puan,


Untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak di Tahun 6 yang baru selesai menduduki UPSR bulan lepas, sila layari laman web berikut untuk mengetahui panduan am kemasukan ke SBP aliran Sains dan Agama. Tarikh tutup permohonan adalah pada minggu hadapan 15hb Oktober, 2009.




Sekiranya anda yakin akan kebolehan anak anda pada UPSR/A tempoh hari, harap dapat layari pautan berikut:




PANDUAN AM KEMASUKAN SBP SESSI 2010:






SENARAI SBP ALIRAN SAINS DAN AGAMA:






Sekian, harap maklum.


Nota:
Harap mereka-mereka yang terbabit dengan trip anak-anak ke Perlis esok dapat berkongsi informasi di blog PSG. Jangan lupa gambarnya sekali ya.

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menduduki UPSR

Ucapan "Selamat menduduki UPSR, semoga berjaya hendaknya". Ucapan ini ringkas bunyinya tapi begitu bermakna buat kalian semua. Selain ibubapa, warga PSG juga mendoakan kalian berjaya di dunia & di akhirat. Semoga sentiasa tidak lupa akan jasa kedua ibubapa.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


PSG SRII Al-Amin ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" serta selamat bercuti semester kepada semua ibubapa serta warga Al-Amin. Semoga Ramadhan pada tahun ini akan dilalui dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.


Kepada anak-anak pula selamat mengulangkaji pelajaran untuk ujian peperiksaan yang bakal dilalui setelah kembali ke sekolah kelak.