Monday, April 4, 2011

Seminar Kecemerlangan UPSR 2011



Seminar Kecemerlangan UPSR 2011 telah diadakan pada 2hb April 2011 di Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali mulai jam 8.00 pagi hingga 6.30ptg. Seramai 5 orang pelajar SRII Al Amin telah dipilih untuk menyertai seminar ini. Antara objektifnya adalah untuk membantu pihak sekolah dalam DUN Batang Kali bagi menambah bilangan murid mencapai keputusan "A" dalam semua matapelajaran di samping mendedahkan kepada murid-murid tentang format baru di dalam peperiksaan UPSR 2011 dan juga memberi motivasi kepada peserta.

Seminar ini adalah anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor dan ADUN Batang Kali.

Program Bersama Si Comel Kuntum






Program ini telah diadakan pada 22hb Mac 2011 bertempat di Dewan SRII Al Amin. Antara objektif utama ialah untuk menyemai serta memupuk minat membaca di kalangan pelajar2 SRII Al Amin dan anak2 TASKA Al Amin. Membaca itu adalah gedung pengetahuan. Terima kasih juga di atas kerjasama penerbit Majalah Kuntum.

Saturday, March 5, 2011

Hari Sukan SRII Al-Amin 2011






Hari Sukan Tahunan SRII Al-Amin telah diadakan pada hari Sabtu 5 Mac 2011 bertempat di padang SRII Al-Amin dan telah dirasmikan oleh En Mat Rahat Ibrahim, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Sunday, February 27, 2011

Program Gotong-Royong PSG 2011








Alhamdulillah program gotong-royong anjuran PSG SRII Al Amin pada 26/02/2011 telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran para ibubapa pelajar yang agak menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga untuk membersihkan kawasan padang sekolah dan sekitarnya sebagai persediaan untuk Hari Sukan SRII Al Amin 2011 dan juga aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan padang. PSG mengharapkan penglibatan proaktif para ibubapa / waris dalam setiap program yang telah dirancang demi untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak kita di SRII Al Amin. Semoga usaha berterusan dan niat ikhlas kita semua diterima Allah SWT sebagai amal kebajikan. InsyaAllah.

Wednesday, February 2, 2011

Mesyuarat Tahunan PSG SRII Al Amin 2011




Mesyuarat Tahunan PSG SRII Al Amin telah diadakan pada 29hb Jan 2011 di Dewan SRII Al Amin dan dihadiri lebih kurang 50 orang ibubapa pelajar. Tahniah dan syabas kepada AJK baru PSG SRII Al Amin 2011 yang telah secara sukarela bersama-sama PSG dalam melaksanakan aktiviti PSG 2011. Semoga PSG dapat membantu pihak sekolah dan menyumbang kearah kecemerlangan pelajar-pelajar SRII Al Amin.

Tuesday, January 25, 2011

Jemputan Ke Mesyuarat Tahunan PSG - 2011

Salam Sejahtera,

PSG SRII Al Amin dengan sukacitanya menjemput Tuan/Puan ke Mesyuarat Tahunan PSG (2011) seperti butiran di bawah :

Tarikh : 29/01/2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SRII Al Amin

(Sarapan pagi disediakan)

Kehadiran Tuan/Puan ke Mesyuarat di atas amatlah diharapkan supaya dapat sama-sama memberi cadangan untuk perancangan aktiviti PSG tahun 2011 dalam usaha ke arah kecemerlangan anak-anak kita di SRII Al Amin.

Sekian, terima kasih.

Drpd : AJK Penaja PSG SRII Al Amin

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SRII Al Amin, Bukit Beruntung. Semoga Tahun 2011 ini akan mewarnakan lagi SRII Al Amin. Tahniah juga diucapkan kepada bekas2 pelajar yang telah berjaya melangkahkan kaki ke sekolah2 berasrama penuh. Kepada yang tidak berjaya, kalian masih ada peluang di masa hadapan, insyaAllah.

Bersama2lah kita memacu kejayaan sekolah kita!